Sunday, January 31, 2010

Delima

al khaira ingredient

Delima sangat terkenal dengan khasiatnya dan boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Ianya mampu mengubati demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawas air besar, menghaluskan kulit dan memperbaiki usus pemakanan.

Kandungan buah delima yang terdapat di dalam
Jus Al-Khaira juga baik untuk kerongkong, dada, paru-paru dan membantu meningkatkan stamina. Bergunamengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.

Dengan pengambilan Jus Al-Khaira yang mengandungi khasiat buah Delima dengan kadar antioksidan yang paling tinggi bertindak bersama sodium, potassium bagi mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Disebutkan di dalam Al-Qur`an, delima mengandung potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur untuk
Menghalang pembentukan sel kanser, Mencantikkan kulit, Mencegah dari nyanyuk, Memberi tenaga dan elok untuk pesakit mengawal tekanan darah tinggi dan rendah,elok untuk sistem penghadaman dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

Buah Tiin

jus al khaira ingredients
Berdasarkan penelitian California Fig Nutritional Information, buah tiin mengandung serat (dietary fiber) yang sangat tinggi. Para Pakar kesihatan sangat menggalakkan pengambilan buah tiin secara teratur.

Ekstrak buah Tiin yang terkandung di dalam Jus Al-Khairadapat
membantu membersihkan racun di dalam tubuh, serat yang terkandung juga mampu mencegah kanser kolon dan penyakit degeneratif yang lain.

Penelitian juga membuktikan buah tiin mengandung antioksidan yang dapat mengikat pembentukan karsinogen menyebabkan kanser.

Tiin juga mengandung asam lemak tak jenuh yang diperlukan bagi kesihatan, diantaranya omega-3 dan omega-6 yang terbukti membantu dalam pencegahan penyakit jantung koroner. Kelebihan yang lain, buah tiin rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolesterol sehingga sangat sesuai diambil oleh penghidap diabetes mellitus.

Zaitun

jus al khaira

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang bolehmelembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. dan ianya terkandung di dalam Jus Al-Khaira.

Paras asidnya yang rendah
memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungiperlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Jus al-Khaira yang mengandungi minyak zaitun sangat berkesan dalam mengatasi kes kebakaran.

Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah
peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut.


Pegaga

al khaira

Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica,Merremia emarginata dan Hydrocotyle. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Pegaga pada asalnya untuk memanjangkan umur.

Pegaga terkandung di dalam Jus Al-Khaira dan Smart Coco A+mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik.

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat
mengembalikan kesihatan diridan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untukmeningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia jugadapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk
mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untukmerawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai
minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Kurma

smartcoco ingredients

Sabda Rasulullah s.a.w ”Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Sabda inilah yang menjadi sumber inspirasi bagi
SmartCoco A+ dan Jus Al-Khaira untuk memudahkan kita mendapat khasiat buah kurma scara optimum.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “
Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Ibu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”. Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.